Thursday, August 26, 2010

Bab 7 – Penyelakuan dan Bentangan Litar Bersepadu

x
TUJUAN:
  • Untuk memberikan saiz-saiz fizikal peranti-peranti MOS pada peranti yang digunakan dari segi panjang dan lebar.
  • Setiap komponen dalam litar bersepadu diwakilkan dalam setiap 2 dimensi.
TAKRIFAN BENTANGAN:


Bentangan - corak-corak lukisan yang menunjukkan:
  • Trek-trek perlogaman
  • Kedudukan resapan N @ P 
  • Polisilikon diatas wafer.
Dihasilkan dengan :
  • Bantuan perisian komputer
  • Dengan tangan
FUNGSI:
  • Menentukan lapisan bilangan penyambungan dan pelan lantai-penyusunan lapisan di atas wafer.
  • Untuk menghasilkan bentangan,corak pada topeng perlu disediakan mengikut aturan yang tertentu.
ATURAN-ATURAN REKABENTUK:


-Hukum mengenai dimensi sesuatu ciri yang sah dipraktikan dalam reka bentuk litar bersepadu.
-Perlu dalam penghasilan topeng-topeng dan ia menyediakan komunikasi diantara jurutera proses dan perekabentuk litar.
-Untuk mendapatkan litar dengan keboleharapan kendalian yang paling baik dalam saiz yang terkecil tanpa menjejaskan keboleharapan litar.
-Hukum-hukum rekabentuk ini:
  • Lebar
  • Pisahan
  • Tambahan
  • Tindihan
Terdapat 2 jenis aturan iaitu:
  • Aturan Rekabentuk Am
  • Aturan berdasarkan geometri ( landar @ micron)
Aturan Am Rekabentuk:
  • Susunan bentangan dalam kawasan serpih yang kecil.
  • Elakkan pembentukkan simpang-simpang di kawasan yang luas supaya ia jauh daripada arus bocor.
  • Jumlah laluan saling hubungan yang bersilang mestilah dikurangkan.
  • Pad-pad sentuhan mesti diletakkan di persisian serpih supaya tidak bersilang.
Aturan Geometri:


Micron dan landar
2 kategori takrifan iaitu:
  • Jika pertindihan diantara kedua-dua fitor boleh menyebabkan bencana seperti litar pintas, maka corak mestilah diasingkan sekurang-kurangnya 2 landar ( 1λ = 2.5 um ) .
  • Jika pertindihan dibenarkan tetapi boleh dielakkan maka corak-corak mestilah diasingkan oleh jarak 1 landar.
 Rasionalnya, dekat sangat shot akan menyebabkan:
  • Arus bocor
  • Perisian computer & kertas bentangan - ralat.
KENDALIAN NMOS SEBAGAI SUIS:

NMOS SUIS TERBUKA:
  • Get kawalan (input) pada nilai logic rendah (0)
  • Tiada arus mengalir antara punca----salir
  • Tiada pengaliran electron antara punca----salir
  • (Tiada susutan voltan) 
NMOS SUIS TERTUTUP:
  • Get kawalan (input) pada nilai logic tinggi (1)
  • Arus mengalir antara punca----salir 
  • Ada pengaliran electron antara punca----salir
  • (Terdapat susut voltan( pada keluaran)- sifat suis terhasil kurang baik.)
KENDALIAN PMOS SEBAGAI SUIS

NMOS SUIS TERTUTUP:



  • Get kawalan (input) pada nilai logic rendah (0)
NMOS SUIS TERBUKA:


  • Get kawalan (input) pada nilai logic tinggi (1)























CMOS penyongsang ( INVERTER )

SIMBOL:









 





RAJAH LIDI:




















KENDALIAN:















ARAS LOGIK MASUKAN 1
  • Transistor NMOS tertutup, PMOS terbuka.
  • NMOS = Transistor tarik bawah ( pull down transistor ).
  • Aras logic keluaran ditentukan oleh votan bumi ( 0 ).
ARAS LOGIK MASUKAN 0 


  • Transistor PMOS tertutup, NMOS terbuka.
  • PMOS = Transistor tarik atas ( pull up transistor ).
  • VO  = VDD 
GET Penghantaran ( transmission gate )


SIMBOL :































RAJAH LIDI: 





































KENDALIAN:












  • Denyutan jam dibekalkan pada get transistor NMOS, manakala songsangan pada get transistor PMOS.
  • Jika berada pada logik tinggi, kedua-dua transistor akan hidup dan membenarkan voltan pada bahagian masukan dipindahkan ke bahagian keluaran. 
  • Jika pada logic rendah, kedua-dua transistor terbuka.
TAKRIFAN STICK DIAGRAM:
  • Pemindahan gambarajah skima kepada suatu gambarajah yang mewakili maklumat tentang lapisan –lapisan yang membentuk transistor.
  • Ia dibuat secara kasar dan tiada aturan.


















PENGKODAN WARNA MEWAKILI LAPISAN-LAPISAN TRANSISTOR: